Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung jenayah dan penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).
Menurut perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda memandang serius isu ini selepas pelbagai berita berkenaan rumah amal tersebut dilaporkan di media.
Baginda menegaskan bahawa soal akidah umat Islam perlu dipelihara dan tidak boleh dipandang ringan.
Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil.- Titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office hari ini.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan melampau berkaitan isu agama kerana ia sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.




