Agong zahir nasihat kepada KP SPRM, laksana amanah penuh integriti

Agong zahir nasihat kepada KP SPRM, laksana amanah penuh integriti

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu Datuk Seri Abdul Halim Aman agar melaksanakan amanah dipikul dengan penuh integriti.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah usaha membanteras gejala rasuah di negara ini mestilah dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih demi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat itu ketika berkenan menerima menghadap Abdul Halim di Istana Negara di sini hari ini.

Pada 25 April lepas, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei lepas menggantikan Tan Sri Azam Baki.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top