‘Ah, itu puak perasan suci’

‘Ah, itu puak perasan suci’

TATKALA Nabi Lut dan pengikutnya menegur kaum Sodom yang sedang asyik dengan gaya hidup songsang, mereka melemparkan ejekan:

إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

“Sesungguhnya mereka itu orang-orang yang merasa diri suci.” 

(al-A’raf: 82)

Sebelum ejekan itu dilemparkan, mereka terlebih dahulu bercakap-cakap mengenai betapa perlunya menghalau Nabi Lut dan pengikutnya dari negeri mereka. 

Idea tersebut menggambarkan betapa rimasnya mereka dengan nasihat-nasihat yang diberikan. Nabi Lut kesal dengan sikap kaumnya, lalu meluahkannya dengan ungkapan:

يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ

“Wahai kaumku, sesungguhnya aku hanya menyampaikan risalah Tuhanku dan aku telah menasihati kamu. Akan tetapi kamu tidak suka dengan orang-orang yang memberi nasihat.”

(al-A’raf: 79)

Antara olahan tafsir yang menarik untuk ayat ini adalah, yang dikemukakan oleh Imam Zamakhsyari dalam al-Kassyaf:

“Ungkapan sesungguhnya mereka (iaitu Nabi Lut dan pengikutnya) adalah orang-orang yang merasa diri suci, bermotifkan ejekan, sekali gus demi menjustifikasikan amalan songsang mereka. 

“Ejekan itu lahir dari rasa bangga dengan kekejian yang mereka amalkan. Dialog seumpama itu akan selalu terjadi (saat berlaku pertembungan) antara golongan fasik dan soleh.”

USTAZ ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
24 November 2023 – HARAKAHDAILY 24/11/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

The post ‘Ah, itu puak perasan suci’ appeared first on Harakahdaily.

Scroll to Top