Ahli GISBH dianggar cecah 10,000 orang

Ahli GISBH dianggar cecah 10,000 orang

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah ahli Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) dianggarkan mencecah 10,000 orang meliputi individu di dalam dan luar negara, berdasarkan hasil siasatan polis, setakat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, bagaimanapun, pihaknya belum dapat mengesahkan angka sebenar jumlah pengikut kumpulan berkenaan dan perkara itu masih dalam siasatan.

“Kita menganggarkan lebih kurang dalam 10,000 (orang), termasuk kanak-kanak.

“Namun, kita perlu sahkan daripada siasatan kita nanti,” katanya pada sidang media di Pulapol, di sini, hari ini.

Selain itu, ditanya adakah terdapat duit GISBH disimpan dalam akaun persendirian atau pemimpin kumpulan itu, Razarudin berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan.

“Perkara itu akan dapat dipastikan apabila penjejakan aliran wang dilakukan oleh pihak penyiasat PDRM.

“Kita di PDRM juga hendak tahu ada atau tidak duit kumpulan disimpan dalam akaun persendirian atau mana-mana ahli yang lain,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ada kanak-kanak dibawa lari ke luar negara, beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lagi dan siasatan sedang dijalankan.

1 bapa 34 anak, didoktrin sebagai anak yatim

Ahli GISBH tiada hala tuju, tempat tinggal diminta tampil untuk dibantu

GISBH dipercayai masih amal ajaran Abuya – KPN

GISBH: Polis sita 153 akaun berjumlah RM882,795.94

280 premis GISBH sudah diserbu

GISBH: Polis selamatkan kanak-kanak tular dirotan, pijak

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top