Ahli Keluarga Pelajar Cyberjaya, Sempat Jerit Ke Arah Suspek

Ahli Keluarga Pelajar Cyberjaya, Sempat Jerit Ke Arah Suspek

Oh! Tidak

Suasana tegang di Mahkamah Sepang bila seorang lelaki jerit ke arah suspek kes pembunuhan Cyberjaya.


Pagi tadi, suasana di perkarangan Mahkamah Majistret Sepang bertukar tegang apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menjerit ke arah suspek utama kes bunuh seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya.

Kejadian berlaku sebaik saja suspek utama dan dua suspek wanita lain keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding sambungan reman sekitar jam 9.50 pagi.

“Woi! Kau bunuh saya punya adik”- Keluarga mangsa.

Pelajar Cyberjaya

Ketika tertuduh keluar dari mahkamah, seorang lelaki tinggi lampai yang berpakaian baju merah dilihat berjalan laju ke arah kumpulan suspek sambil menjerit kata-kata yang mengejutkan semua orang di lokasi.

Antara jeritannya yang jelas didengar: “Woi! Kau bunuh saya punya adik, pakai otak sikit lah, saya punya adik you (kamu) kasi mati”.

Jeritan itu menyebabkan suasana menjadi huru-hara seketika dan menarik perhatian orang ramai yang turut berada di perkarangan mahkamah.

Nasib baik tindakan pantas anggota polis yang bertugas di lokasi berjaya menenangkan lelaki tersebut dan menghalang sebarang insiden yang lebih buruk daripada berlaku. Keadaan kembali terkawal selepas itu dan semua suspek dibawa keluar dari kawasan mahkamah dengan kawalan ketat.

Suspek disambung reman tujuh hari…

Pelajar Cyberjaya

Dalam perkembangan kes yang sama, pihak polis memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek dalam kes pembunuhan pelajar wanita tersebut telah disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Mangsa yang merupakan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya dipercayai dibunuh pada 24 Jun lalu, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mendapatkan maklumat penuh dan motif sebenar kejadian.

Pssttt! Bila libatkan kehilangan nyawa, emosi keluarga memang sukar dikawal, apatah lagi jika melibatkan adik sendiri. Tapi apa pun yang berlaku, kita kena percaya pada proses undang-undang dan beri ruang kepada pihak berkuasa jalankan siasatan secara adil dan telus. Jangan ambil tindakan sendiri yang boleh bahayakan diri dan orang lain. Sama-sama kita doakan agar keadilan dapat ditegakkan untuk mangsa dan keluarga.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top