Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tular video kontroversi membabitkan bekas isterinya, Maia Estianty.
Video berjudul “Kompilasi Gibah dan Fitnah Maia Estianty (di saat sudah punya suami)” itu kini hangat diperkatakan di media sosial.
Video berdurasi lebih 24 minit itu memaparkan pelbagai rakaman temu bual Maia yang dikatakan mengandungi unsur fitnah dan mengaibkan Ahmad Dhani serta isterinya sekarang, Mulan Jameela.
Ahmad Dhani mahu pertahankan isteri dan anak

Menurut Ahmad Dhani, niatnya bukan untuk menyerang sesiapa, sebaliknya sebagai usaha mempertahankan Mulan dan anak mereka, Ali, daripada terus menjadi mangsa kecaman warganet.
Konten ini dibuat atas dasar pembelaan kepada Feea dan Ali yang bundanya terus difitnah dan digunjing.
Menariknya, setiap kali kenyataan Maia yang dianggap menyindir Ahmad Dhani atau Mulan dipaparkan, label besar bertulis ‘Gibah’ atau ‘Fitnah’ akan terpapar di skrin.
Beberapa petikan ayat al-Quran dan pandangan ulama juga dimasukkan sebagai hujah bahawa membuka aib adalah perbuatan yang salah.
Dakwaan lama dibangkitkan semula

Dalam masa sama, Ahmad Dhani menafikan dakwaan bahawa dia berlaku curang dengan Mulan semasa masih berkahwin dengan Maia.
Malah, dia turut menolak tuduhan berlakunya keganasan rumah tangga dalam perkahwinan mereka dahulu.
Perkongsian ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang bersimpati dengan Dhani dan menyokong tindakannya.
Namun ramai juga yang mempertahankan Maia dan menyifatkan video tersebut sebagai tindakan kurang matang.
Pssttt! Bila isu lama dibangkitkan kembali, huru hara jadinya. Harapnya isu ini tidak melarat dan masing-masing dapat teruskan hidup tanpa memburukkan satu sama lain.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.