Ahmad Fadhli Sindir Gambar Pemimpin PH Pernah Dilelong RM500,000 | Oh! Negara – Oh! Media

Ahmad Fadhli Sindir Gambar Pemimpin PH Pernah Dilelong RM500,000 | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Ahmad Fadhli sindir lelongan gambar pemimpin PH RM500,000 selepas tongkat Presiden Pas dibida RM15,000.

Lelongan tongkat milik Presiden Pas pada harga RM15,000 mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dakwaan kononnya ada pihak cuba ‘mengkeramatkan’ barangan tersebut.

Namun bagi Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, jumlah itu masih dianggap munasabah jika hendak dibandingkan dengan satu lelongan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan beberapa tahun lalu.

RM15,000 tongkat Presiden Pas dianggap munasabah

Ahmad Fadhli menerusi Facebook menyindir komen yang timbul selepas tongkat Presiden Pas berjaya dibida dalam majlis makan malam Pas Melaka.

Rilek bro, itu baru RM15,000, nilaian yang munasabah sahaja. Kalau itu sudah dianggap mengkeramatkan tongkat, ketika gambar pemimpin PH dilelong RM500,000, itu tentu lebih jauh daripada mengkeramat.- Ulasnya.

Lelongan yang dirujuk berlaku pada 2018 apabila sekeping gambar pemimpin PH yang dirakam selepas kemenangan PRU-14 berjaya dibida pada harga RM500,000.

Bidaan gambar tersebut bermula pada RM100,000 sebelum dibeli seorang pembida tempatan.

Persoal nilai jika PH jadi pembangkang

Secara keseluruhan, enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan nilai RM1.22 juta dalam Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Cumanya gambar pemimpin PH ini dilelong ketika PH jadi kerajaan. Nanti PH jadi pembangkang kelak, cuba lelong gambar sekali lagi, tengok nilai berapa laku.- Katanya lagi.

Gambar berharga RM500,000 itu dirakam pada sidang media pertama pemimpin PH selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei 2018.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top