Nampaknya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga terkesan dengan kejadian pakcik OKU mental yang dipukul di pasar tani Padang Astaka, Kemaman.
Bagaimanapun, Zahid Hamidi menasihatkan keluarga mangsa supaya kekal tenang dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
“Jangan ambil tindakan sendiri”- Zahid Hamidi.

Melalui panggilan video bersama anak mangsa, Ahmad Fakhrie, 19, Ahmad Zahid menegaskan supaya keluarga tidak bertindak balas atas emosi.
Jangan ikut emosi untuk mempertahankan maruah keluarga, sebaliknya serah kepada polis untuk mengambil tindakan. Jangan mengambil tindakan menggunakan tangan sendiri, serah kepada undang-undang untuk menentukan keadilan.- Katanya.
Pesanan itu diberikan untuk memastikan keluarga mangsa tidak terjebak dalam tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Wakil Ahmad Zahid sudah ke rumah mangsa untuk berikan bantuan…

Ahmad Zahid juga mengarahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, untuk menziarahi keluarga mangsa di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai.
Beliau mahu memastikan keadaan keluarga Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang kini memerlukan sokongan.
Dalam pertemuan tersebut, isteri Ahmad Nor, Faridah Abdul Karim, dan anak-anaknya turut diberi kata-kata semangat untuk menghadapi ujian ini. Ahmad Zahid turut mengingatkan keluarga supaya lebih memberi perhatian kepada Ahmad Nor agar perkara serupa tidak berulang.
Fokus pada Ahmad Nor dan pastikan dia menerima sokongan yang diperlukan.- Katanya.
#OhmediaNasihat
Kejadian ini mengingatkan kita semua supaya tidak bertindak melulu, walaupun dalam keadaan marah. Serahkan urusan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan keadilan.
Sebagai masyarakat, kita juga perlu memainkan peranan dengan bersabar dan memahami keadaan orang lain, terutama mereka yang memerlukan bantuan.





