TANJONG MALIM, 20 JUN – Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) dalam pendidikan semakin maju dan memberikan impak terbaik terutamanya dalam subjek Sains. Terdapat tiga aspek utama AI mampu merevolusikan cara pelajar menguasai dan memahami ilmu pengetahuan iaitu dengan menyediakan eksperimen dan simulasi maya, bertindak sebagai tutor pintar dengan memberikan maklum balas segera dan membolehkan pelajar untuk melakukan pembelajaran kendiri.
Eksperimen dan simulasi maya
Teknologi ini membolehkan pelajar mencuba eksperimen dan simulasi maya menggunakan Virtual Experimenter secara kendiri ataupun di dalam kelas. Ini sangat membantu untuk sekolah yang kekurangan kelengkapan makmal. Dengan simulasi, pelajar boleh memahami konsep sains dengan lebih mudah melalui paparan visual yang menarik dan selamat
Pembelajaran Kendiri
AI membolehkan murid belajar secara bersendiriian mengikut keupayaan mereka seperti melalui aplikasi Quizlet. Teknologi ini menjana flashcards automatik dan pelan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar. Hal ini menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan tersusun.
Tutor Pintar dan Maklum Balas Segera
AI berfungsi sebagai tutor pintar yang memberikan maklum balas dengan cepat. Pelajar boleh mengajukan soalan bila-bila masa dan menerima jawapan segera dan membantu murid untuk memahami topik dengan lebih baik contohnya melalui aplikasi ChatGTP. Aplikasi ini menyediakan ulasan automatik untuk tugasan yang dihantar dan memudahkan proses pembelajaran.

Oleh:
AUDREY MICHELLE ANAK PETTER dan DR MOHD MOKHZANI IBRAHIM