Aidiladha bermakna, peminat teruja jumpa Mario Maurer ‘shooting’ di Pantai Penarik

Aidiladha bermakna, peminat teruja jumpa Mario Maurer ‘shooting’ di Pantai Penarik

Buat peminat drama Thailand, pasti mengenali pelakon kacukan German-Thailand, Mario Maurer yang sebelum ini cukup terkenal dengan lakonan menerusi naskah hangat berjudul Bad Romeo gandingan bersama Yaya Urassaya Sperbund.

Terbaharu, Mario atau nama sebenarnya Nutthawuth Maurer Nutthawuth Suwannarat kini dilihat sedang berada di Malaysia bagi menjalani penggambaran bersama rakan-rakan kereta lama berusia lebih 50 tahun yang akan dimuat naik di laman YouTube.

Memulakan perjalanan dari Betong, Thailand, pelakon filem seram komedi romantis, Pee Mak, dikhabarkan sudah tiba ke lokasi terakhir penggambaran iaitu Terengganu selepas berjalan jauh dan menginap di Georgetown, Pulau Pinang.

Detik tersebut dirakam dan dikongsi oleh Mario atau mesra disapa P’Oh menerusi platform Instagram dengan memperlihatkan koleksi kereta antik mereka merentasi Lebuhraya Timur Barat dan berhenti berehat seketika di Hentian Royal Belum.

Namun, apa yang lebih mengujakan adalah terdapat seorang pengguna aplikasi TikTok berkongsi memori terindah dialaminya berjumpa dengan aktor berusia 34 tahun di kampung halaman yang terletak di Pantai Penarik, Setiu,Terengganu.

Peminat dikenali Wawa Ruslan itu berkongsi beberapa rakaman memaparkan Mario dan rakan-rakan sedang menjalani penggambaran kereta antik mereka sebelum datang menyapa dan ajak bergambar bersama.

“Weh Mario Maurer mari kampung aku (emoji menangis),”tulisnya.
@wabored

Weh mario maurer mari kampung aku 😭😭🫶🏻🫶🏻 #mariomaurer #fyp

♬ original sound – Wawa Ruslan – Wawa Ruslan

Jelas Wawa, dia mengetahui kehadiran aktor tersebut selepas membaca ciapan tular di platform Twitter yang mendedahkan Mario kini sedang berada di Malaysia.

Dalam hantaran tersebut, Wawa turut meluahkan keterujaannya bergambar bersama aktor tersebut selain meraih pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Selain itu, ada juga sempat berseloroh dengan menyangka ia adalah Mario sejenis permainan terkenal iaitu Super Mario.

Sumber: FB Viewfinderthailand, Instagram @tennster, TikTok @wabored