Aidilfitri himpunkan ahli keluarga jauh dan dekat

Aidilfitri himpunkan ahli keluarga jauh dan dekat

TUNTUTAN tugas dan tinggal berjauhan menyebabkan bukan mudah untuk mengumpulkan ahli keluarga dalam satu-satu masa.

Lazimnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah saat terbaik untuk berbuat demikian untuk bersama-sama meraikannya dalam suasana meriah dan ceria.

Ada yang pulang berkumpul di rumah pusaka dan ada juga mengatur hari keluarga supaya semua waris dapat berhimpun di satu tempat dengan pelbagai aktiviti dijalankan.

Aidilfitri turut digunakan untuk menyuburkan amalan tradisi kunjung-mengunjung sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dengan saling bermaafan. – UTUSAN

Scroll to Top