Aidilfitri: Terengganu umum Khamis cuti Kelepasan Am

Aidilfitri: Terengganu umum Khamis cuti Kelepasan Am

Kuala Terengganu: Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Khamis ini (19 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mohamad Azmi Mohd Daham berkata tarikh berkenaan bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

“Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac 2026 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh Terengganu sempena menyambut Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju mengekalkan hari kelepasan am negeri pada 23 Mac 2026 sebagaimana yang diwartakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) pada 30 Oktober 2025.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top