Selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz, Ain Edruce mendedahkan ada perkara tentang suaminya yang hanya diketahui selepas mereka berkahwin.
Menurut Ain, Amirul sebenarnya pernah menetapkan sasaran umur tertentu untuk berkahwin.
Pada peringkat awal, Amirul merancang untuk mendirikan rumah tangga ketika berusia 30 tahun, namun ibunya pula berpandangan usia 33 tahun lebih sesuai untuknya menamatkan zaman bujang.
Bagaimanapun, perancangan itu berubah apabila Amirul membuat keputusan untuk berkahwin dengan Ain pada usia 26 tahun.
https://www.instagram.com/reel/DVf-5Zlky_0/
Dalam masa sama, Amirul turut berkongsi bapanya pada awalnya berasa ragu-ragu apabila mengetahui dia mahu berkahwin dengan seorang selebriti.
Kebimbangan itu timbul kerana bapanya risau Amirul akan berdepan tekanan memandangkan isterinya bekerja dalam industri hiburan.
Namun, Amirul menangani kebimbangan tersebut dengan cara yang santai dan bersahaja, sekali gus mencerminkan sikap tenangnya dalam berdepan situasi berkenaan.
Perkongsian pasangan itu menyerlahkan sisi lucu dan spontan dalam rumah tangga mereka, sekali gus mencuit hati penonton.
Saksikan celoteh Ain Edruce dan Amirul Hafiz dalam program Resipi Serasi dibawakan oleh Maggi yang bersiaran setiap Ahad, jam 3 petang serta boleh distrim menerusi Tonton.




