Lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata, Arena, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Mereka juga membawa pulang wang tunai RM100,000.
Naib juara pula milik lagu Satu Malam Di Temasek , ciptaan Joe Flizzow & Sonaone meraih trofi berserta wang tunai RM50,000.
Tempat ketiga pula memperlihatkan lagu Anugerah Terindah dendangan Alif Satar & The Locos membawa pulang trofi berserta wang tunai RM30,000.
Vokal memukau Aina Abdul dengan lagu Terang Hidup pula berjaya diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dengan merangkul trofi berserta wang tunai RM12,000.
Bagi kategori persembahan terbaik pula, lagu Irama dendangan Shiha Zikir telah membawa pulang trofi berserta wang tunai RM12,000.
Manakala penyanyi pilihan penaja utama, Alha Alfa Cosmetics telah dimenangi oleh Khai Bahar yang menerima hadiah bernilai RM12,000 juga.
Acara penuh berprestij berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada Azlan The Typewriter, Wany Hasrita, Waris, Tuju & Loca B, kumpulan Exist, Blues Gang dan Masdo.
AJL37 dihoskan pengacara Jihan Muse dan Sherry Alhadad dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.
Sumber: Instagram TV3