Penyanyi popular, Aina Abdul sekali lagi mencuri perhatian selepas mendedahkan hero disebalik muzik video terbaharunya berjudul, Jadi Ajar Aku.
Menerusi hantaran di Instagram, Aina memaklumkan, dia pada mulanya berasa gementar sewaktu menawarkan ‘job’ kepada pihak Fattah Amin.
“Jadi Ajar Aku MV is out now on youtube! Terima kasih @fattahaminz sudi berkolaborasi dengan Aina untuk muzik video.
“Berdebar juga waktu first nak propose job ni dekat @sakirinaca90. Alhamdulillah.. he said yes!,” kongsinya.
Mengulas lanjut, Aina mendedahkan pemilihan Fattah dalam muzik video terbaharunya ini adalah pilihan ibu tercinta.
Kata Aina, ibunya merupakan orang pertama yang mendengar lagu tersebut sekaligus memberi cadangan agar aktor itu muncul dan menjadi hero dalam muzik video berkenaan.
“Fun fact, lagu ni ditulis right after Aina habis umrah last April.. Without any piano around, melodi dan lirik mengalir dengan lancar.
“Mak Aina was the first one to hear this song. Dia cakap kena ada hero muzik video ni. Fast forward later, Aina bagi mak dengar the finished song and she said ‘panggil la Fattah Amin hero mv ni’ and so it goes,” katanya.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, muzik video Jadi Ajar Aku kini telahpun mencecah lebih 43,000 tontonan di Youtube selepas 16 jam dilancarkan.




