Aina, Dayang, Marsha, Shila, Aisha, Amira, Irfan, Amir Antara Yang Berjaya Lolos.. Semak Senarai Penuh Top 20 Bakal Berentap Di Pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir!

Aina, Dayang, Marsha, Shila, Aisha, Amira, Irfan, Amir Antara Yang Berjaya Lolos.. Semak Senarai Penuh Top 20 Bakal Berentap Di Pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir!

Tirai persaingan kini dibuka apabila senarai 20 lagu yang layak ke peringkat Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA) diumumkan secara rasmi, sekali gus menjawab persoalan peminat muzik tempatan.

Bersempena edisi ke-40, TV3 tampil dengan pendekatan berbeza apabila menyenaraikan 20 karya terbaik untuk bersaing di pentas separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 17 dan 18 April ini.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi program Muzik Muzik pada jam 12 tengah hari tadi, dengan jangkaan persaingan sengit daripada barisan artis yang terpilih, memandangkan kesemua lagu merupakan antara yang terbaik untuk merebut tempat ke pentas akhir AJL40.

Daripada 30 lagu terbaik carta Muzik Muzik 40, hanya 20 karya dengan markah tertinggi berjaya mara selepas melalui proses penilaian teliti oleh juri profesional berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

1. Hijab Rindu – Black Hanifah
Komposer: Rudy Nastia, Nyawa Black, Kelana, Adi Pawana
Penulis lirik: Adi Pawana, Rudy Nastia

2. Nurcinta – Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
Penulis lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim

3. Nostalgila – Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Fahmi Zafran

4. Lemah – Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis lirik: Hael Husaini

5. Kerana Ego – Khai Bahar
Komposer: Arnab Santai
Penulis lirik: Khai Bahar

6. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis lirik: Hazama

7. Pernah Punya Aku – Shila Amzah
Komposer: Shila Amzah
Penulis lirik: Shila Amzah

8. F – Floor 88
Komposer: Zai Hamzah
Penulis lirik: Achoi Floor 88, Hemo

9. Tiwikarma – K.O.I
Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
Penulis lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

10. Puaskah – Ameerais, Mariam Saim
Komposer: Iqie Hugh, Shazriq Azeman
Penulis lirik: Iqie Hugh, Shazriq Azeman

11. Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain
Komposer: Amylea Azizan
Penulis lirik: Amylea Azizan

12. Tak Adil – Aisha Retno
Komposer: Aisha Retno, Radi
Penulis lirik: Aisha Retno

13. Semacam Pandora – Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
Penulis lirik: Zel Hadauan

14. Rasa & Takdir – Amira Othman, Irfan Haris
Komposer: Syafiq Rashid
Penulis lirik: Syafiq Rashid

15. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh

16. Hilangmu Tak Terganti – Tajul, Afieq Shazwan
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli

17. Kamu – Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

18. Menyala – Stacy
Komposer: Bunga Cantik
Penulis lirik: Bunga Cantik, Hang Nadim

19. Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam

20. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis lirik: Ryenald Guntabid

Dalam masa sama, episod Muzik Muzik turut melengkapkan senarai 30 lagu carta MM40 dengan pengumuman baki lagu yang tidak berjaya mara, antaranya Gasoline nyanyian Akim & The Majistret, Peluk oleh Hael Husaini dan Nadeera, P Ramlee Saloma oleh ALPHA, Renjana nyanyian Shiha Zikir serta Hamba Cinta oleh Syamel.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 Lagu Terbaik Didedahkan, Jom Semak Senarai Penuh… Hanya 20 Lagu Sahaja Layak Tembus Ke AJL 40 SA?

Orang ramai boleh menyaksikan saingan penuh debaran ini secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026, jam 9 malam di TV3, selain turut distrim secara eksklusif menerusi Tonton.

Scroll to Top