am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, Thailand meminta bantuan pihak kedutaan bagi membantu mereka.
Wanita yang dikenali sebagai Lily Suraini yang menginap di Hotel Siam Oriental, Hatyai menerusi laman Facebook (FB) meminta bantuan kedutaan dan orang ramai termasuk untuk mendapatkan bekalan susu serta lampin pakai buang dua anaknya berusia dua dan empat tahun.
Katanya, bekalan elektrik sudah terpadam dan bateri telefon juga akan habis.
“Kami perlukan bantuan berikutan bekalan makanan di sebuah kedai serbaneka berdekatan juga sudah habis. Kami perlukan makanan dan air mineral untuk kelangsungan hidup.
“Sesiapa dapat tolong, kami terperangkap di Hatyai banjir besar. Air makin naik.
“Ramai lagi perlukan bantuan di sini termasuk yang ada bayi. Bekalan elektrik terputus dan lif dah tak boleh guna,” katanya menerusi laman FB hari ini.
Menurutnya, tiada makanan dan semua kedai tidak buka.
© New Straits Times Press (M) Bhd



