Oh! Artis
Netizen kritik Aisha Retno menari terlalu ‘over’ dan seksi dalam video tular bersama Vanessa Reynauld.
Baru-baru ini, tular satu video yang mencetuskan kecaman terhadap penyanyi berbakat, Aisha Retno. Video tersebut memaparkan Aisha bersama Vanessa Reynauld dan seorang lagi rakan mereka sedang menari mengikut lagu Is Itnyanyian Tyla.
Meskipun video itu kelihatan santai dan hanya sekadar suka-suka, aksi Aisha ketika menari telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan gaya tariannya.
Aksi Aisha Retno dikritik ‘terlalu berlebihan’ dan nampak badan…
Menerusi video yang dimuat naik Vanessa, Aisha dilihat begitu bersemangat menari dan menonjolkan gerakan yang dianggap keterlaluan oleh segelintir netizen.
Ramai yang berpendapat gaya tarian Aisha kelihatan tidak manis dan terlalu menggoda. Apatah lagi dengan baju yang ketat dan nampak tubuh badan.
Sehinggakan, ada yang membandingkan tarian Aisha dengan Vanessa yang dilihat lebih sopan walaupun bukan beragama Islam. Perbandingan ini jelas menambahkan lagi kecaman terhadap Aisha di ruangan komen.
Ruangan komen dibanjiri dengan kritikan serta nasihat agar Aisha lebih berhati-hati dalam berpakaian dan menjaga batas, terutama sebagai seorang figura umum yang sering menjadi perhatian ramai.
Pssttt! Ohmedia faham setiap individu berhak mengekspresikan diri, tapi sebagai selebriti yang jadi perhatian umum, kita kena lebih peka dengan sensitiviti masyarakat. Tak salah nak bergembira, tapi biarlah ada batas supaya tak mengundang salah faham atau kecaman. Apa pun, biar kritikan jadi ruang untuk perbaiki diri dan terus maju dengan lebih bijak.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!