Aisyah Aziz Kini ‘Biras’ Neelofa, Selamat Nikahi Abang PU Riz

Aisyah Aziz Kini ‘Biras’ Neelofa, Selamat Nikahi Abang PU Riz

Penyanyi yang juga adik kepada aktor sensasi, Alif Aziz iaitu Aisyah Aziz selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dalam sebuah majlis di Singapura, hari ini.

Berita gembira itu telah dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi stesen radio Singapura, Warna 942 sebentar tadi.

Memetik laporan Harian Metro, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada malam ini dalam suasana tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat pasangan tersebut.

Difahamkan, Aisyah mengambil masa sekitar tiga bulan untuk meneruskan hubungan mereka selepas pertemuan pertama yang turut disertai oleh ibu bapanya.

Menurutnya, sebelum pertemuan tersebut, dia terlebih dahulu menunaikan solat sunat memohon petunjuk daripada Allah.

Sebelum ini, Aisyah pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujang dalam  masa terdekat.

 

Sumber: Harian Metro, Facebook

Scroll to Top