Oh! Artis
Ajai tampil mohon maaf kepada kumpulan 4U2C selepas kenyataan berhubung isu konsert tular.
Kontroversi konsert WE 4U2C Live In Concert nampaknya terus mencetuskan perbualan hangat dalam industri muzik tempatan.
BACA: AC Mizal Bersuara Isu Konsert 4U2C
Isu ini mula tercetus selepas komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap, mempertikaikan hak cipta lagu-lagu yang bakal dibawa dalam konsert tersebut.
Lebih panas lagi apabila komposer terkenal, Ajai serta tokoh muzik yang lain tampil mengulas mengenai isu hak cipta serta kepentingan menjaga etika dalam penganjuran konsert.
Ajai buat permohonan maaf terbuka
Ulasan yang dibuat membuatkan 4U2C tersinggung kerana pihak penganjur mematuhi peraturan dan ada lesen sah.
Terbaru, Ajai menerusi satu hantaran di Instagram membuat permohonan maaf seperti yang dituntut 4U2C.
Beliau tiada sebarang niat untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya dan serendah hati memohon maaf jika kenyataannya disalahtafsir.
Jelas beliau, dia menyokong mana-mana artis yang mahu membuat persembahan dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik.
Pssttt! Diharapkan selepas ini tak ada kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak kan. 4U2C pun dah jelaskan mempunyai lesen sah.
Kredit: Instagram Ajai | Media Hiburan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.