‘Ajaib masih hidup’ – Kereta terputus dua dirempuh pemandu mabuk

‘Ajaib masih hidup’ – Kereta terputus dua dirempuh pemandu mabuk
‘Ajaib masih hidup’ – Kereta terputus dua dirempuh pemandu mabuk

Keadaan kereta Veasley yang terputus dua, namun wanita itu hanya mengalami kesan lebam. – Foto Agensi

STERLING HEIGHTS – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) berdepan kemalangan ngeri, namun dia bernasib baik kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta jenis Kia Optima dipandunya terputus dua selepas dirempuh pemandu mabuk ketika kejadian pada malam Selasa lalu.

Mangsa dikenali sebagai Demi Veasley, 19, dari Metro Detroit, negeri Michigan berkata, dia dilanggar dari sisi oleh sebuah kenderaan tanpa lampu secara tiba-tiba ketika sedang memandu di Sterling Heights.

“Saya hanya sempat menjerit dan menutup mata. Saya bersyukur kerana masih hidup selepas pengsan selama beberapa minit kerana terkejut. Bahagian pemandu yang tidak terjejas dan hanya kesan retakan kecil pada tingkap,” katanya.

Difahamkan, Veasley tercampak beberapa meter di persimpangan Hall Road dan Schoenherr.

Sementara itu, siasatan awal polis mendapati pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol itu memandu melebihi had laju dibenarkan. – Agensi

 

Scroll to Top