Ajak Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus, Lebih Dekat Dengan Rumah

Ajak Hadiahkan Restoran Kedua Untuk Ebby Yus, Lebih Dekat Dengan Rumah

Pelawak Ajak sekali lagi membuat kejutan buat rakan artis Ebby Yus dengan menghadiahkan cawangan baru restoran miliknya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ajak berkata dia menghadiahkan cawangan kedua itu selepas melihat usaha Ebby menguruskan restoran dan mahu membuka satu lagi cawangan berdekatan rumah pelakon berkenaan.

BACA: Ingatkan Bergurau, Ebby Yus Hilang Kata-Kata Ajak Hadiahkan Cawangan Restoran

@ajakshiro_

Datang minta restu Abg?? . Terima kasih Abg Ebby selalu jadi tulang belakang saya..Saya rasa semua ni asbab doa Abg..Terima kasih sebab selalu mendoakan.. . Cawangan Kg Baru ni cawangan ke 2 untuk Abg Ebby..Harap Abg gembira dan teris doakan kejayaan kita sama2..Untuk korang semua terima kasih sebab menyokong jenama kasih sayang Bumbu Babah.. . Jumaat esok kita mula operasi..Jumpa dekat Bumbu Babah Kg Baru Jon Raja Abdullah? . @bumbubabah_hq @Ebby Yus Rashid . #kgbaru #bumbubabah #nasipadang

? original sound – Ajak Shiro – Ajak Shiro

ā€œAbang Ebby ni orangnya rajin, selalu datang kedai buatkan kita rasa segan sebab dia ni rajin sangat. Bila kita tengok dia selalu datang kedai, saya jadi kesian.Ā 

ā€œMacam mana kita nak buat supaya dia tak penat tapi boleh datang kedai. Lepas ni abang Ebby boleh datang kedai sebab dekat betul dengan rumah,ā€ katanya.

Dalam video dikongsikan, Ajak dilihat memberi kontrak restoran berkenaan kepada Ebby untuk ditandatangan serta mengucapkan terima kasih kerana pelakon itu sentiasa menjadi tulang belakangnya.

ā€œAlhamdulillah, saya dapat buka satu lagi cawangan. Sama juga, cawangan ini untuk abang.

ā€œTerima kasih Abang Ebby, selalu jadi tulang belakang saya. Saya rasa semua ini asbab doa abang, terima kasih sebab selalu mendoakan,ā€ tulisnya.

Sebelum ini, Ajak menghadiahkan cawangan restorannya di Pasar Seni kepada Ebby untuk diuruskan dalam masa yang sama membantu pelakon itu untuk mencari rezeki.


Scroll to Top