AJL39: Team ‘Risiko’ Kecewa Tak Dapat Bawa Etnik Sabah Ke Pentas AJL.. Anggap Finalis Edisi Kali Ini Antara Paling Hebat

AJL39: Team ‘Risiko’ Kecewa Tak Dapat Bawa Etnik Sabah Ke Pentas AJL.. Anggap Finalis Edisi Kali Ini Antara Paling Hebat

Membawakan muzik rap dan hip hop di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) bukanlah sesutu yang tabu kini.

Malah, kemunculan anak muda yang dianggotai oleh Tuju, MK K-Clique, Benzooloo, Meerfly dan Ghidd untuk edisi kali ini berjaya mencipta ‘warna’ dalam persembahan para finalis.

Bukan itu sahaja, gabungan mereka menerusi lagu Risiko juga antara yang disebut bakal membawa pulang gelaran pada malam kemuncak nanti.

Bercakap kepada XTRA, Tuju mewakili yang lain berkata, persiapan mereka kali ini sudah 99 peratus selesai namun sedikit kecewa apabila tidak dapat membawa dan mengetengahkan etnik Sabah di pentas AJL39.

“Setakat ini persiapan kami 99 peratus dan isu kami sebenarnya adalah kami tidak dapat terbangkan etnik Sabah disebabkan terlalu jauh.

“Konsep persembahan Risiko, ada kebakaran tapi tak ada kebakaran bukan-bukan kerana kami ada stunt dan mempunyai lima rapper yang improvised their style yang boleh bersaing dengan genre-genre yang lain,” katanya.

Sementara itu, berkongsi status kesihatan termasuklah persiapan mereka, Benzooloo mengaku mereka dinasihatkan untuk mendapatkan tidur dan rehat yang cukup apatah lagi menjelang malam kemuncak.

“Cabarannya adalah dari segi kesihatan, mental kami kena buat persiapan termasuklah waktu tidur dan makan. Dan juga latihan vokal yang kami lalui beberapa minggu ni.

“Pantang larang adalah rehat secukupnya itu sahaja, dari segi pemakanan memang tak ada.

Tuju, MK K-Clique, Benzooloo, Meerfly dan Ghidd berkata demikian ketika ditemui pada raptai penuh yang diadakan di Axiata Arena pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai konsep persembahan beserta idea dan ‘look’, MK berkata, ia bergantung kepada kreativiti masing-masing kerana ahli mereka masing-masing mempunyai karakter tersendiri.

“Looks kami based on idea masing-masing. Masih membawakan karakter masing-masing dan ada juga berlaku penambah baikkan tapi karakter itu yang penting. Tak ada spesifik.

“Kami mahu menunjukkan identiti kami sendiri. Kreativiti kami sendiri yang ingin bebas. Kerana konsepnya adalah kami SATU,” jelasnya.

Ditanya mengenai harapan mereka pula,  Meerfly menjelaskan bahawa mereka tidak meletakkan apa-apa harapan tetapi fokusnya adalah memberikan persembahan terbaik terhadap setiap penat lelah mereka selama ini.

“Kami tidak meletakkan apa-apa harapan tapi kami memberi yang terbaik pada malam nanti. Training hari-hari dan tidur tidak cukup itu membuatkan kami mahu buat dan berikan yang terbaik.

Dalam pada itu, Ghidd berkongsi mereka tidak meletakkan ramalan tentang siapakah yang bakal menjulang gelaran Juara Lagu,  sebaliknya menganggap kehadiran mereka untuk edisi AJL39 kali ini adalah sebagai finalis nombor satu.

Sekaligus menyifatkan edisi kali ini adalah yang paling hebat berbanding AJL sebelumnya.

“Prediction serius kami tak ada. Tapi yang pasti malam itu kami menganggap kami datang sebagai finalis nombor satu.

“Kami sedia bersaing. Tapi finalis AJL39 adalah yang paling hebat setakat ini,” ujarnya.

Scroll to Top