Pengelola akaun Facebook parti BERSATU sendiri telah memuat naik hantaran menggesa Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk berundur susulan beberapa ahli jawatan tertinggi parti tersebut dipecat hari ini.

Gesa Muhyiddin letak jawatan
Menerusi hantaran yang dikongsi pengelola akaun, pihak mereka mulai faham mengapa ‘kerajaan 2018’ iaitu sewaktu diterajui parti tersebut boleh tumbang walaupun baru setahun lebih mentadbir negara.
Mereka juga menyebut bahawa Ketua Penerangan BERSATY gagal memainkan peranan sehingga berlaku kemelut dalam parti tersebut.
“Ketua Penerangan BERSATU gagal main peranan.
“Kni kita faham mengapa kerajaan tumbang pada 2018.” tulis akaun Facebook parti berkenaan.

Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi dibuat di rumah Muhyiddin?
Dalam pada itu, akaun Facebook tersebut juga mendedahkan bahawa Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi turut akan diadakah di rumah Presiden parti demi mengawal kehadiran orang ramai dan media.
“Kehadiran ke parlimen culas. Urusan rakyat begitu senyap. Kepimpinan melalui tauladan, Hidup presiden,” perli akaun Facebook itu lagi.

Muhyiddin gagal kawal Yun Faisal?
Beberapa lagi kenyataan dibuat di platform berkenaan dan seolah-olah tidak berpihak kepada presiden parti.
Nama Tun Faisal juga terheret sama disamping mendakwa keceluparan beliau menjadi punca hubungan BERSATU-PAS terjejas.

Macam mana nak jadi PM?

Hantaran di Facebook rasmi

Artikel lain: Wan Fayhsal terima nasib seperti Hamzah, dipecat BERSATU -“Alhamdulillah”
Terdahulu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat keahlian partinya serta-merta.
Selain itu, empat lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama selepas didapati melanggar Perlembagaan BERSATU
Menurut notis berasingan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan pada Jumaat, mereka yang terlibat ialah Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ketua Bahagian Bersatu Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Kamal juga turut dipecat selepas digantung keahlian selama satu penggal.
Sumber: Facebook Parti Pribumi BERSATU Malaysia




