Akaun Twitter lesap, kakak Ira Kazar dedah ayah yang suruh ‘buang’

Akaun Twitter lesap, kakak Ira Kazar dedah ayah yang suruh ‘buang’

Ketika kontroversi rumah tangga Puteri Sarah menjadi perbualan ramai, kakak kepada madunya, Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar dengan berani memuat naik beberapa ciapan di media sosial seakan dituju kepada pelakon itu.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Puteri Sarah, namun Yasmin seakan memberi sindirian berikutan beberapa ciapan seakan menyelar tindakan pelakon berkenaan yang mendedahkan gangguan yang dihadapi dari pihak Ira Kazar.

Namun, tak lama selepas ciapan berkenaan tular, dia telah memadam akaun Twitter miliknya setelah dikecam hebat netizen termasuklah didakwa ingkar perintah injuksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur.

Selepas lama mendiamkan diri, Yasmin akhirnya mendedahkan bahawa akaun Twitter miliknya dinyahaktif kerana disuruh oleh bapa, Kazar Saisi.

“Ayah yang suruh buang, kita buang jauh jauh,” tulisnya.

 

Untuk perkembangan terkini berkenaan kemelut rumah tangga antara Syamsul, Puteri Sarah dan Ira Kazar, pengarah tersebut dinasihatkan untuk menjadi pencelah antara kedua-dua isterinya.

Menurut Syamsul, tuntutan yang dibuat Puteri Sarah ke Ira ada kaitan dengannya. Jika perkara itu dibenarkan, ia akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan keluarga isteri keduanya.

Sumber: Instagram Yasmin Kazar