Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya menemui penghujung apabila mereka disahkan bercerai talak satu.
BACA: “Reda Jika Tiada Jodoh” – Kamal Adli Serah Ketentuan Kes Cerai Dengan Uqasha
Berita mengejutkan ini disahkan sendiri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas pasangan itu hadir bagi prosiding pelantikan hakam keluarga hari ini.
Sah cerai talak satu di mahkamah

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 itu kini secara rasmi membawa haluan masing-masing selepas tiga tahun bersama.
Uqasha dalam laporan terdahulu mendakwa dikasari secara fizikal dan mental oleh Kamal Adli. Kamal Adli bagaimanapun masih mahu mempertahankan rumahtangganya.
Pssttt! Bukan mudah untuk mempertahankan sebuah perkahwinan apatah lagi di bawah sorotan umum seperti pasangan selebriti ini. Doa terbaik buat Kamal dan Uqasha.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




