“Akhirnya Dia Pergi Sebab Kumpau”- Tular Lelaki Selamba Memancing Dalam Pusat Membeli Belah | Oh! Media

“Akhirnya Dia Pergi Sebab Kumpau”- Tular Lelaki Selamba Memancing Dalam Pusat Membeli Belah | Oh! Media

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki dengan santai memancing di pusat membeli belah The Mines, Seri Kembangan.

Kejadian tersebut telah menarik perhatian ramai pihak yang berada di situ sehingga lelaki tersebut ditegur oleh pengawal keselamatan.

Dalam video yang tular itu, kelihatan lelaki tersebut tidak berputus asa walaupun tidak mendapat ikan.

Kelihatan dia mencuba untuk menangkap ikan di beberapa lokasi yang berbeza.

Dia punya hati kering memang tak boleh bawa bincang.

Nasib dia tak kena cekup dengan pengawal keselamatan The Mines. Akhirnya dia pergi sebab kumpau.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warga maya terhibur dengan tindakan lelaki tersebut. Lelaki itu juga bernasib baik kerana tidak ditangkap oleh pengawal keselamatan di situ.


Scroll to Top