am@hmetro.com.my
Jempol: Lelaki yang menikam teman wanita warga Indonesia di sebuah rumah di Taman ACBE di sini, 26 September lalu, sudah ditangkap polis.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki etnik Rohingya itu ditangkap pada 1 tengah hari tadi di Pulau Pinang.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bahau esok bagi permohonan reman,” katanya ketika dihubungi, tadi.
Harian sebelum ini melaporkan wanita warga Indonesia itu parah ditikam lelaki berusia 38 tahun terbabit kerana berang apabila kekasihnya itu memberitahu hendak pulang ke Indonesia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




