Akhirnya emas, Pearly-Thinaah tebus penantian sedekad

Akhirnya emas, Pearly-Thinaah tebus penantian sedekad

saifulaffendy@hmetro.com.mys

Bangkok: Pearly Tan-M Thinaah akhirnya menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas menerusi acara beregu wanita di Sukan SEA Thailand.

Beregu negara yang menduduki ranking kedua dunia itu melakukannya selepas mencatat kemenangan dramatik 21-16, 19-21, 21-17 ke atas wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari.

Kejayaan manis itu sekali gus mengulangi pencapaian kali terakhir skuad negara memenangi emas menerusi gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Beraksi di Gimnasium Universiti Thammasat, Rangsit, Pearly-Thinaah bermula garang pada set pertama dengan corak permainan pantas dan pertahanan cukup padu, sekali gus menyukarkan wakil Indonesia untuk mencari rentak kemenangan.

Mereka bagaimanapun tewas di set kedua sebelum bangkit melakar kemenangan mutlak di set penentuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top