Akhirnya Puteri Sarah Beri Respon Isu Syamsul Yusof Failkan Cerai Terhadap Ira Kazar | Oh! Media

Akhirnya Puteri Sarah Beri Respon Isu Syamsul Yusof Failkan Cerai Terhadap Ira Kazar | Oh! Media

Semalam kami melaporkan yang peguam syarie telah mengesahkan yang pengarah, Syamsul Yusof telah menfailkan penceraian terhadap isterinya Ira Kazar hari ini.

BACAPeguam Syarie Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Terhadap Ira Kaza Sebab Ini

Terbaru! Menurut laporan Kosmo Online, bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana akhirnya tampil memberi respon mengenai perkara itu.

Puteri Sarah berkata yang dia tidak berhak untuk memberikan komen kerana itu bukanlah urusannya.

Saya baru balik Singapura berniaga di sana. Beginilah, kalau boleh saya tak nak beri komen apa-apa sebab apa yang berlaku bukan melibatkan saya pun dan bukan urusan saya.

Saya tak mahu cakap lebih-lebih, nanti orang cakap apa pula dan saya pun dah ada kehidupan sendiri. Dah bahagia dengan cara sendiri.

Bukan tu jer, pelakon itu juga mendoakan agar urusan kedua-dua pihak dipermudahkan.

Apa yang saya boleh cakap, semoga urusan mereka dipermudahkan. Itu sahaja.


Scroll to Top