Sebelum ini, Mamat Sepah pernah dijemput sebagai tetamu undangan dalam satu sesi podcast yang dikendalikan Shuib, Fizi dan Shuk Sahar menerusi Dol’s Podcast.
BACA: Mamat Imbau Kenangan Dulu-Dulu, Shuib Pernah Gaduh Besar Dengan Jep Sampai Nak Bertumbuk
Terbaru! Menerusi Tiktok, Shuib dilihat memberi tawaran kepada Mamat untuk menyertai podcast tersebut.
Aku tanya ni, kau setuju ke tak?
Tahniah Mamat! Kau dalam Dol’s Podcast.
Mamat bersetuju dengan tawaran yang diberikan rakan baiknya itu dan tidak menyangka dirinya akan jadi sebahagian daripada Dol’s Podcast
Doa aku makbullah kalau macam ini.
Kau kasi aku nyawa Shuib, selepas aku hilang berbelas tahun.
Wallahi, meremang bulu roma. Terima kasih.
Shuib gembira yang sahabatnya itu bersetuju sekaligus dapat memeriahkan podcast berkenaan bersama.
Allah yang bagi kau nyawa.
Jadi nanti muka kau akan ada dekat billboard Dol’s Podcast. Maknanya dalam podcast ini ada Shuib, Fizi, Shuk dan Mamat.
Sepah Reunion di Dol’s Podcast. Aku sayang kau Mamat, perjalanan yang cukup indah.





