Akhirnya Terjawab! Noor Nabila Sahkan Jejaka Itu Kekasih Baharu | Trending – Oh! Media

Akhirnya Terjawab! Noor Nabila Sahkan Jejaka Itu Kekasih Baharu | Trending – Oh! Media

Trending

Noor Nabila akhirnya sahkan jejaka berjambang dalam InstaStory adalah kekasih baharu. Hubungan matang, keluarga restu dan rancang bisnes bersama.


Usahawan, Noor Nabila Mohd Noor akhirnya tampil mengesahkan identiti jejaka berjambang yang dimuat naik di InstaStory miliknya semalam.

Menurut laporan mStar, Nabila mengakui lelaki berkenaan adalah kekasih baharu yang sedang dikenalinya sejak April tahun lalu, sekali gus menamatkan tanda tanya netizen.

Hubungan secara matang dan serius

Kekasih Noor Nabila

Menurut Nabila, hubungan yang terjalin itu bukan sekadar suka-suka, sebaliknya dibina atas dasar kematangan dan keserasian, namun masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang juga rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan.

Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.

Keluarga Noor Nabila merestui

Nabila

Mengulas mengenai perbezaan usia mereka yang 10 tahun, Nabila menegaskan ia bukan penghalang dalam membina hubungan yang sihat.

Katanya, apa yang lebih penting adalah kematangan, sikap, layanan dan nilai diri, bukan semata-mata usia atau penampilan luaran.

Apa yang membuatkan saya selesa adalah sifatnya yang ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya.

Malah dia juga memiliki naluri kebapaan yang semula jadi. Itu sesuatu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu. Apa yang membuatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak.

Kami juga dalam persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama.

Nabila turut mengesahkan bahawa hubungan mereka dibina atas dasar saling menghormati dan menyokong, bukan kerana faktor material atau luaran semata-mata.

Malah, keluarga kedua-dua belah pihak juga telah merestui hubungan tersebut.

Pssttt! Dalam soal jodoh, usia dan status bukan ukuran utama. Yang lebih penting adalah ketenangan, hormat dan sokongan emosi, itu yang membina kebahagiaan jangka panjang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top