Aksi joget ketika tradisi sahur tak hormat bulan Ramadan?

Aksi joget ketika tradisi sahur tak hormat bulan Ramadan?
Aksi joget ketika tradisi sahur tak hormat bulan Ramadan?

Tradisi SOTR yang dianjurkan mendapat kritikan setelah tular video aksi joget yang berlaku pada bulan suci.

JOMBANG – Tradisi sahur on the road (SOTR) di Kabupaten Jombang menjadi topik perbincangan hangat di media sosial.

Aktiviti yang bertujuan membangunkan penduduk daripada tidur untuk bersahur menuai kritikan setelah tular video aksi joget yang berlaku pada bulan suci.

Rakaman itu jelas menunjukkan ratusan motosikal berkonvoi untuk mengikuti rombongan ‘sound horeg’ tersebut.

Ia melalui di jalan desa hingga kawasan sawah padi sejak awal pagi untuk memeriahkan suasana Ramadan.

Bagaimanapun, kemunculan seorang penari berpakaian ketat pada acara itu mencetuskan kritikan ramai.

Aksinya yang berjoget sakan mengikut alunan muzik dan turut menerima saweran (wang) daripada jumlah penonton tidak disenangi banyak pihak.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di persimpangan Desa Jatibanjar, Kecamatan Ploso dengan Desa Sumbergondang, Kecamatan Kabuh pada akhir minggu lalu.

Sekretaris Desa Jatibanjar, Hengki mengesahkan aktiviti SOTR tersebut, namun menegaskan bahwa acara itu bukan agenda rasmi pemimpin desa.

“Acara joget seperti itu sememangnya tidak wajar apatah lagi pada bukan Ramadan,” lapor Tribunjatim.com memetik kenyataannya pada Selasa.

Sementara itu, penganjur memberitahu mereka tidak membawa penari tersebut dan dia dikatakan sudah berada di lokasi sebelum ketibaan mereka. – Agensi

Ringkasan AI

  • Tradisi sahur on the road di Kabupaten Jombang menjadi topik hangat di media sosial
  • Aktiviti bertujuan bangunkan penduduk untuk sahur dikritik kerana video joget tular di bulan Ramadan
  • Konvoi ratusan motosikal mengikuti rombongan ‘sound horeg’ meriahkan suasana Ramadan
  • Penampilan penari berpakaian ketat dalam acara itu mencetuskan kritikan
  • Acara bukan agenda rasmi desa, penganjur kata penari sudah ada sebelum mereka tiba
Scroll to Top