Aktivis antiperang AS patah tangan ketika bantah perang Iran

Aktivis antiperang AS patah tangan ketika bantah perang Iran
Aktivis antiperang AS patah tangan ketika bantah perang Iran

McGinnies berpaut pada pintu ketika dia diheret keluar ketika sesi pendengaran Jawatankuasa Senat pada Rabu. – Foto Agensi

WASHINGTON – Sesi pendengaran Jawatankuasa Senat di Capitol pada Rabu kecoh selepas seorang aktivis antiperang membantah perang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Bekas anggota tentera Marin, Brian McGinnis yang lengkap memakai pakaian seragam itu diheret keluar secara paksa oleh beberapa anggota polis dan turut dibantu Senator Republikan, Tim Sheehy.

Pergelutan yang tercetus menyebabkan sebelah tangan McGinnis patah akibat kekasaran melampau ketika dia dipaksa keluar dari bilik berkenaan.

Difahamkan, dia diusir selepas dia mendesak Senat menghentikan pembiayaan untuk peperangan di Iran dan meneriak ‘Amerika tidak mahu menghantar anak-anak kami berperang untuk Israel’.

Sementara itu, Mark Elbourno yang menguruskan kempen McGinnis untuk bertanding pada Pilihan Raya Senat 2026 mewakili Parti Hijau menafikan tuduhan dia menyerang anggota polis.

“Dia tidak mengasari sesiapa pun dan hanya mahu menyampaikan mesejnya dengan jelas,” jelasnya lagi. – Agensi

Ringkasan AI

  • Sesi pendengaran Jawatankuasa Senat di Capitol kecoh akibat bantahan aktivis antiperang terhadap perang AS-Iran
  • Bekas anggota tentera Marin, Brian McGinnis diheret keluar secara paksa sambil dipakai seragam oleh polis dan Senator Republikan
  • Pergelutan menyebabkan McGinnis mengalami patah tangan
  • McGinnis diusir setelah mendesak Senat henti biayai peperangan di Iran sambil menyeru ‘Amerika tidak mahu hantar anak-anak berperang untuk Israel’
  • Mark Elbourno, pengurus kempen McGinnis menafikan tuduhan McGinnis menyerang anggota polis, menyatakan dia hanya ingin sampaikan mesej
Scroll to Top