Aktivis Dedah Perangai Asnaf Mohon Bantuan, Ada ‘Demand’ Kerusi Roda Harga RM7,000

Aktivis Dedah Perangai Asnaf Mohon Bantuan, Ada ‘Demand’ Kerusi Roda Harga RM7,000

Trending

Aktivis tertekan bila ada asnaf memilih barangan bantuan yang mahal.


Tular satu perkongsian di Thread apabila seorang aktivis meluahkan rasa tertekan ketika menguruskan permohonan bantuan melibatkan seorang pesakit kanser berusia 14 tahun yang berada pada tahap paliatif.

Perkongsian itu dibuat oleh Zuraini Kamal, seorang cancer survivor yang juga pengasas Cancer Survivors Malaysia dan aktivis kanser.

Aktivis dakwa ada asnaf suka ‘demand’

Menerusi hantaran tersebut, Zuraini mendakwa antara cabaran menguruskan bantuan adalah apabila ada asnaf yang suka meminta sesuatu secara berlebihan.

Menurutnya, pada awalnya keluarga pesakit meminta kerusi roda recliner elektrik yang dianggarkan berharga sekitar RM7,000.

Selepas meneliti kes dan situasi pesakit, beliau mencadangkan agar keluarga itu mengambil kerusi roda recliner manual yang dianggarkan berharga sekitar RM600.

Ibu minta kerusi dihantar kerana tiada kereta

Dalam perkongsian sama, Zuraini turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama ibu pesakit berkenaan.

Berdasarkan mesej yang dikongsi, ibu itu bertanya sama ada kerusi roda recliner tersebut boleh dihantar ke rumah kerana mereka tidak mempunyai kenderaan untuk mengambilnya.

Kerusi Roda 1

Zuraini kemudian membalas “Boleh” dan menghantar dua gambar contoh kerusi roda recliner manual kepada ibu tersebut.

Selepas itu, ibu berkenaan mengucapkan terima kasih sebelum meminta model dalam gambar pertama.

Apabila ditanya mengapa memilih gambar nombor satu dan apa bezanya dengan nombor dua, ibu tersebut menjawab bahawa dia merasakan model itu lebih selesa untuk anaknya.

Jelaskan gambar sekadar contoh

Kerusi Roda 2

Susulan permintaan tersebut, Zuraini kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak pasti mengenai model kerusi roda berkenaan kerana gambar yang dihantar hanya diambil daripada sumber internet sebagai contoh.

Katanya, untuk kes sumbangan seperti itu, ia bergantung kepada pembekal dan penyumbang yang akan menguruskan bantuan tersebut.

Pssttt! Dalam isu bantuan, setiap pihak ada kekangan dan keperluan masing-masing. Yang penting, semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban pesakit serta keluarganya.

Kredit: Thread Zuraini Kamal
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top