Aktor ‘BBNU’ didakwa rogol gadis bawah umur & lalok di set penggambaran

Aktor ‘BBNU’ didakwa rogol gadis bawah umur & lalok di set penggambaran

Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai seorang pelakin lelaki yang dikatakan sedang meningkat naik didakwa terlibat dengan kes jenayah yang melibatkan kesalahan merogol gadis bawah umur.

Memetik BOOM Malaysia, pelakon lelaki tersebut turut didakwa seorang kaki perempuan dan terjebak dengan penyalahgunaan dadah sehingga ‘lalok’ di set penggambaran.

Bukan itu sahaja, bahkan warga industri hiburan tempatan sudah ‘masak’ dengan sikap pelakon lelaki tersebut.

Selain itu, aktor yang baru setahun jagung berada dalam industri seni itu juga telah ditangkap khalwat ketika sedang bersama dengan seorang gadis bawah umur.

Susulan itu, pelakon tersebut telah ditahan reman dalam lokap selama beberapa hari dan diikat jamin oleh rakannya yang juga selebriti terkenal.

Apa yang lebih mengejutkan adalah pelakon lelaki tersebut telahpun berumah tangga dan disebabkan sikap ‘kaki perempuan’ dan ‘kaki lalok’ itu, isterinya tekad memfailkan penceraian kerana tidak tahan menanggung penderitaan yang dihadapinya sepanjang mereka bersama.

“Dia ni kaki perempuan, kaki rogol orang. Yang kenal je tahu perangai sebenar dia, sebabtu isteri dia minta cerai,”kata sumber.

Apa-apa pun, didoakan agar pelakon lelaki tersebut benar insaf dan bertaubat sebelum terlambat.

Sumber: BOOM Malaysia! (Cik Lesung)