“Aktor Kacak Pun Kadang-Kadang Berbau” – Harissa Adlynn Terpaksa Tahan Nafas Masa Shooting!

“Aktor Kacak Pun Kadang-Kadang Berbau” – Harissa Adlynn Terpaksa Tahan Nafas Masa Shooting!

Pelakon meningkat naik, Harissa Adlynn mendedahkan pernah berdepan dengan situasi kurang menyenangkan apabila bergandingan dengan individu yang tidak menjaga kebersihan diri sehingga menyebabkan bau badan yang kurang enak.

Menurut Harissa, perkara itu menjadi satu ‘turn off’ besar buat dirinya yang amat mementingkan soal kebersihan dan penampilan diri, terutamanya ketika bekerja.

“Saya dah berjumpa dengan ramai orang yang tidak menjaga hygiene. Ada saja aktor kacak yang berbau, tapi saya tak akan cakap siapa.

“Bila berlakon dengan seseorang itu, kadang-kadang positioning in frame kena dekat, bau orang tu tidak menyenangkan jadi saya terpaksa tahan.

“Perkara ini sangat turn off pada saya, sebab itu saya lancarkan bisnes minyak wangi,” katanya ketika ditemui media, baru-baru ini.

Ketika disoal apakah tindakannya apabila berdepan situasi tersebut, Harissa berkata dia tidak akan menegur secara terang, sebaliknya mencari topik berkaitan penjagaan diri.

“Orang akan cakap dekat saya untuk tegur saja orang tu terus tapi saya akan buat secara indirectly. Contoh macam cakap pasal perfume, dengan harapan dia dapat hint itu.

“Kalau dia tak dapat hint tu saya tetap tak akan cakap terus dekat orang tu yang dia berbau sebab tak sampai hati. Tak kisah lah bekerja sebagai pelakon atau apa-apa tolong jaga hygiene sebab orang tak akan cakap,” katanya.

Dalam masa sama, Harissa turut berkongsi dia sentiasa mengingatkan orang sekeliling untuk menegur dirinya sekiranya ada bau kurang menyenangkan.

“Saya sendiri sentiasa cuba yang terbaik untuk sentiasa wangi. Bila bekerja pun, saya selalu pesan dekat co-star, team wardrobe kalau saya ada bau pelik, bau ketiak atau kepam, tolong beritahu.

“Sebab untuk saya, smelling good is important. Itu tanggungjawab kita supaya pasangan pelakon selesa, bukan saja dari segi lakonan tapi juga bau badan dan mulut,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harissa Adlynn Dedah Pernah ‘Digoda’ Pelakon Senior Sudah Bercucu

Scroll to Top