Pelakon, Mia Sara Nasuha meluahkan rasa kesal apabila tindakannya mengulas isu kontroversi membabitkan aktres, Puteri Balqis terus mengundang kecaman dalam kalangan warganet.
Menurut Mia, niatnya bersuara hanya untuk mempertahankan diri dan membersihkan nama baiknya sahaja. Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini terus menerus menerima pelbagai tohmahan.
“Ya, saya boleh berhenti bercakap, tapi orang akan berhenti bercakap tentang saya ke? Tidak kan? Bila saya diam pun, kalian tetap suka mencaci dan menghina. Seronok kumpul dosa,” katanya di Threads.

Meskipun menganggap tindakannya itu dapat menjernihkan keadaan, namun pelakon filem Papa I Love You itu terkilan apabila dirinya menerima pelbagai komen berbaur provokasi.
“Bila saya akhirnya bersuara sebab kalian provok pula, baru nak fikir pasal dosa ya,” tegasnya.
Terdahulu, pada Rabu, Mia menafikan dakwaan dirinya pernah membuli Puteri Balqis seperti yang diperkatakan oleh pelakon tersebut pada Januari lalu.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Mia juga bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Balqis dan beberapa pihak yang didakwa mencemar nama baiknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Mahu Bertindak Ikut Emosi, Mia Sara Ada Sebab Lambat Pertahankan Diri Konflik Dengan Puteri Balqis
ARTIKEL BERKAITAN:Erma Fatima Nafi Set ‘Akulah Balqis’ Punca Isu Puteri Balqis, Mia Sara
ARTIKEL BERKAITAN:Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”




