“Aku Download Zizan Tak Habis, Aku Zizan Ink Habis” 

“Aku Download Zizan Tak Habis, Aku Zizan Ink Habis” 

Abang kepada pelakon dan pelawak Zizan Razak iaitu Hafiza Razak menjadi perhatian ramai susulan wajah dan gaya percakapannya persis atau ‘copy paste’ adiknya.

Menerusi video di TikTok, Hafiza berseloroh mengaku dirinya Zizan photostat kerana ada yang tidak percaya dia sememangnya abang kepada pelawak tersebut.

BACA: Zizan Razak Infak Semua ‘Payment’ Kepada Fisabilillah Terengganu

“Aku copy muka Zizan. Aku download Zizan tak habis. Aku Zizan photostat. Aku Zizan ink habis. Apa lagi nak? Semua aku dah mengaku.

“Ini abang Zizan la, pernah tengok. Tidak, tidak. Aku dah cakap aku ni abang Zizan, kau tak percaya,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut serta mengakui sememangnya kedua-dua mereka banyak persamaan. Malah, ada yang mengatakan boleh ambil Hafiza berlakon kerana dilihat persis Zizan. 


Scroll to Top