Oh! Artis
Fara Salleh berang dikatakan terkena kifarah. Katanya, Rossa Sera juga berkahwin dengan suami orang.
Isteri kepada Shuk Sahar iaitu Fara Salleh tampil menjawab sindiran netizen yang mendakwa dirinya sedang menerima kifarah.
BACA: Shuk Sahar Berang Ibu Bapa Kena Petik, Fara Salleh Pesan ‘Jangan Sembang Macam Kaki Batu’
Netizen langsung tak bersimpati dengan nasib Fara yang diabaikan Shuk Sahar mengatakan itulah yang dirasai bekas isteri Shuk, Rossa Sera selama ini.
“Tak perlu petik nama, status kita sama”
Fara berkata, dia tidak sepatutnya dibandingkan dengan bekas isteri Shuk kerana status mereka adalah sama.

Dakwanya, Rossa Sera juga ‘penyondol’ dan berkahwin dengan suami orang selepas bercerai dengan Shuk Sahar.
Tak payah nak petik nama perempuan tu. Tak payah nak bezakan aku dengan dia. Dia dengan aku takde beza. Kau pesan kat followers kau suruh diam eh pompuan.
Fara juga menafikan tuduhan bahawa dirinya sedang ‘meroyan’. Wanita ini berkata, dia hanya menggunakan saluran yang betul untuk berkomunikasi, tetapi tidak diendahkan. Fara dedah bekas isteri Shuk kahwin dengan suami orang

Dia turut menyifatkan sudah lali dengan cemuhan yang sering dikaitkan dengan namanya sejak dahulu lagi.
Zaty turut mencabar individu terbabit untuk bersemuka jika benar-benar berani.
Pssttt! Doa orang teraniaya dimakbulkan la ni kan? Semoga Fara dapat selesaikan isu dengan Shuk secara baik.
Kredit: Instagram Fara Salleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.