Penyanyi Khai Bahar enggan berdiam diri susulan dakwaan mengatakan dia menjalin hubungan songsang.
Ia susulan penularan foto miliknya bersama adik iparnya baru-baru ini.
Kesal dengan isu tersebut, Khai berkata, dia tampil memberi respons bukan kerana mahu meraih simpati sebaliknya tidak mahu isu tersebut berpanjangan.
“Aku bersuara bukan sebab nak perhatian dari sesiapa. Aku sedih sebab aku tak kuat.
“Dulu bila orang cakap macam macam pasal aku, aku ada Mak tempat aku mengadu. Sekarang aku tak tahu nak mengadu dekat siapa. Aku bukan baik mana pun, sama macam orang lain ada buat silap.
“Tapi, jangan la sampai nak fitnah tuduh aku dengan adik ipar aku sendiri benda yang tak ada. Aku masih ada iman cuba untuk kuat. Aku sampai tahap tak ada arah tuju, bukan nak minta simpati.. kalau tak mampu nak bagi orang senyum, janganlah bagi orang stress sampai tahap hilang kawalan,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Luluh ini meminta agar individu tersebut berhenti menyebarkan aib dan berani untuk berterus terang dengannya.
Tidak habis disitu, Khai menerusi hantaran di ruangan Instagram Story menegaskan, bakal mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan.





