Selepas hampir seminggu mendiamkan diri, pelawak Shuib Sepahtu akhirnya tampil memberi penjelasan berkenaan kemelutnya dengan Jep Sepahtu.
Menerusi satu video di muat naik sebentar tadi, Shuib berkata mengakui selepas Jep memuat naik kenyataan pada 8 Oktober lalu dia berdepan satu tempoh sukar.
BACA: Shuib Dah Baca Luahan Jep, Enggan Komen
Bagaimanapun, dia tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep di atas kekhilafannya bersama Mamat menyindirnya di dalam Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.
Shuib berkata dalam tempoh 24 jam selepas kenyataan Jep itu, dia menghantar mesej kepada sahabatnya itu memohon maaf serta kesal di atas kehilafannya.
“Jadi hari ini ada beberapa kenyataan yang saya akan jelaskan. Yang pertama posting Jep dibuat pada 8 Oktober, Khamis tengah hari.
“Saya nak maklumkan, tak sampai 24 jam iaitu pada 1:51 minit pagi Jumaat, saya telah pun WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya dan Mamat menyindir dia di Dols Podcast episod bersama dengan Azlee senario. Saya kira dia telah pun menerima Whatsapp tersebut dan mungkin telah membacanya. Wallahualam.
“Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali. Saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan di atas kekhilafan saya dalam berkata-kata,” katanya.
Sementara itu, Shuib turut memohon maaf secara terbuka serta mengenang kembali persahabatan yang telah terjalin hampir 20 tahun dan mendoakan buat Jep serta keluarganya.
“Video ini khas untuk Jep, Jep… Kalau kau tengok video ni, Dok… Aku mohon maaf. Aku mohon maaf, Dok. Aku mohon maaf.
“Kita kenal dekat 20 tahun, hampir separuh daripada hidup aku. Aku takkan boleh menidakkan kenangan yang telah pun kita bina selama ni, Dok.
“Selama kita bekerjasama, susah senangnya kita pernah lalu, kejayaan yang pernah kita capai dan ianya akan aku simpan sebagai satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.
“Aku minta maaf, aku minta maaf, aku minta maaf di atas kekhilafan aku dan juga keegoan aku. Aku halalkan segala-galanya. Aku doakan kau, Dok,”katanya.



![[UPDATE] Pegawai kerajaan maut ditikam suami: Suspek serah diri selepas kejadian [UPDATE] Pegawai kerajaan maut ditikam suami: Suspek serah diri selepas kejadian](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/percaya_HMfield_image_socialmedia.var_1792081213.jpg)
