Pempengaruh media sosial, Elcah mempersoalkan mengapa dirinya disaman oleh seorang selebriti sedangkan apa yang dinyatakan itu adalah pengakuan yang dibuat sendiri oleh wanita berkenaan.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Elcah berkata dia tiada masa untuk masuk campur dalam hal selebiriti sedangkan dia bergaduh dengan individu lain namun mengapa individu lain yang ‘mengelibas’.
BACA: Elcah Nafi Syada Amzah Punca Rumah Tangga Kacau Bilau
Menurut Elcah lagi, dia turut mempersoalkan mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap wanit ayang membuat cerita berkenaan.
Tambah pempengaruh itu lagi, dia turut mempunyai bukti video pengakuan daripada rakan wanita berkenaan.

“Lagi kau kata aku yang fitnah kau. Eh aku pun tak tahu kau ni wujud atau tak. aku pun tak tahu kau cerai benda. Aku tak ada masa la nak sibuk hal artis,” tegasnya.
“Aku ni bergaduh dengan orang lain, lepastu orang lain yang menggelibas. Tolong la kenapa kau nak backup sangat betina tu? Aku ada video pengakuan si kawan betina ni bercerita ada begitu begini dengan LLK,” tulisnya.




