Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal dengan tindakan selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA susulan tindakannya memijak beg jenamanya.
Memetik Oh Bulan, Aliff bagaimanapun enggan memaki atau menyerang Diva AA namun terbuka bersemuka jika tidak suka akan dirinya.
BACA: Aliff Syukri Syukur Anak Raih Hampir RM10,000 Untuk Empat Job
“Jujur ini bukan gimik. Saya nak buat Malaysian Book Of Record, badan pula tak sihat dan anak-anak pun sama.
“Tidak tahu nak cakap macam mana, tapi saya cuba stabilkan diri. Tengok Diva AA pijak beg, janganlah macam itu.
“Kita bukan nak cari duit haram. Kalau tak suka dekat saya, bersemuka, ini cakap saya menipu, scammer tak seronoklah. Aku boleh maki tapi kalau buat sama-sama naik saja. Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang susulan isu berkenaan kerana dianggap tidak berbaloi namun tidak akan memaafkan Diva AA.
“Aku boleh maki tapi kalau buat sama-sama naik saja. Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau. Aku tak nak saman kau sebab kau tiada duit. Dia acah-acah saja, tak suka jangan pijak saya dah la sakit. Ini kata keturunan saya tak elok pula. Macamlah keturunan dia elok,” katanya.
Difahamkan, hari ini Aliff berkongsikan dia berkempen untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi kategori jualan produk terpantas secara langsung di media sosial.
“Sekiranya impian saya itu tercapai pada Ahad ini, saya berjanji akan menyumbang sebahagian hasil jualan kepada anak-anak yatim sebagai tanda kesyukuran,” katanya.
Sumber: Oh Bulan