“Aku tempuh semuanya 20 tahun, malas cakap apa2 takut terbuka aib orang” -Enot

“Aku tempuh semuanya 20 tahun, malas cakap apa2 takut terbuka aib orang” -Enot

Pelawak wanita yang biasa disapa Enot dilihat memuat naik luahan di TikTok miliknya dengan mengatakan dirinya tidak henti-henti dimaki hamun oleh netizen tanpa mengetahui hal sebenar.

Menerusi perkongsiannya, dia hanya mengucapkan rasa syukur dengan berdoa supaya maki hamun tersebut berbalik kepada mereka yang mengata perihal dirinya.

Tambah pelawak wanita itu lagi, dia menangis dan menanggung semua itu sendiri. Jadi, mana-mana pihak yang tidak tahu hal sebenar tidak perlulah menambah dosa jika tidak mengetahui apa-apa tentang dirinya.

“…aku menangis pun tak guna hanya tengok dan nilai dari apa yang korang nampak tapi yang menanggung segala-galanya aku. So tak payah tambah dosa korang kalau tak tahu cerita sebenar aku yang tempuh semuanya dalam 20 tahun aku malas nak cakap apa-apa takut terbuka aib orang” tulisnya.

Sebelum ini, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah juga telah meluahkan hal yang sama dan mengatakan tidak mahu bergaduh serta memilih untuk mendiamkan diri walaupun kenyataan daripada rakan artis kelihatan seperti mengatakan dirinya sahaja yang betul.

Dia juga meminta agar rakan artis yang juga seorang pelawak wanita untuk ‘menggali’ lebih dalam lagi kesalahan yang pernah dibuat sehingga Enot jauh hati seperti sekarang.

Baru-baru ini, seorang selebriti terkenal telah meluahkan rasa sebaknya apabila ada dakwaan mengatakan seorang pelawak wanita yang juga rakan rapatnya telah ‘bersuamikan’ seorang pengkid.

Dia dengan linangan air mata ketika ditemu ramah telah meminta agar rakannya itu kembali ke pangkal jakan walaupun enggan mencarinya lagi.

Sumber: TikTok Enot7812