Akui Kurang Tawaran Berbanding Auddra & Thalita, Marsya Qistina Tak Terasa Hati – “Saya Buat Kerja Belakang Tabir”

Akui Kurang Tawaran Berbanding Auddra & Thalita, Marsya Qistina Tak Terasa Hati – “Saya Buat Kerja Belakang Tabir”

Anak kepada penyanyi terkenal, Liza Hanim iaitu Marsya Qistina Mohamed Shahrin kekal tenang meskipun sering dibandingkan dengan peserta lain dan dilabel kurang menyerlah dalam program yang pernah disertainya.

Marsya, 23, bagaimanapun tidak mengambil komen tersebut secara negatif, sebaliknya menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dalam industri seni.

Menurutnya, dia lebih selesa bersikap matang dan percaya setiap individu mempunyai rezeki tersendiri.

“Saya dah 23 tahun, kalau nak terasa hati macam budak-budak pula. Tak mengapa, Insya-Allah, pada masa hadapan banyak lagi peluang untuk saya,” katanya.

Marsya ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment di Hotel Royale Chulan, Damansara, baru-baru ini.

Mengulas dakwaan kononnya dia kurang menerima tawaran selepas dinobatkan sebagai juara Grand Finale Talk To My Manager (TTMM), Marsya menegaskan tanggapan itu tidak tepat.

Katanya, meskipun tawaran yang diterima tidak sebanyak rakan peserta lain seperti Auddra dan Thalita, dia tetap aktif dalam bidang seni.

“Memang kalau dibandingkan, tawaran saya mungkin kurang. Tapi mereka sudah dikenali sebelum ini.

“Bukan bermakna saya tak ada kerja. Yang ikut perkembangan saya tahu saya ada buat job bersama mama.

“Saya juga terlibat dengan kerja belakang tabir seperti dubbing suara untuk beberapa projek,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Jumpa Saya Kalau Berani, Jangan Jadi Pengecut” – Liza Hanim Mahu Bersemuka Dengan Pelaku Buli Siber Anak, Beri Masa Sebelum Ke Mahkamah

Scroll to Top