Akur Nasihat Abang, Rebecca Padam Video Bidas Kenyataan Isteri Aliff Syukri – “Semoga Along Bahagia Bersama Isteri & Anak-Anak”

Akur Nasihat Abang, Rebecca Padam Video Bidas Kenyataan Isteri Aliff Syukri – “Semoga Along Bahagia Bersama Isteri & Anak-Anak”

Pelakon, Rebecca Nur Al Islam mengambil keputusan untuk memadam semua hantaran berkaitan keluarga di media sosial selepas dinasihati oleh abang sulungnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Rebecca berkata dia menerima nasihat abangnya itu dengan hati terbuka selepas berlaku konflik pertelingkahan antara isteri usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaiu Datin Seri Shahida.

“Terima kasih Abang Long di atas nasihat malam ini. Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.

“Love you Along. Adik sayang Along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tecinta.

“Saya akan padam segala-galanya. Air dicincang tak akan putus,” katanya dalam hantaran tersebut yang memaparkan wajah abangnya.

Sebelum ini, Shahida didakwa telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap individu yang dipercayai Rebecca cuba menumpang populariti atau mencari publisiti murahan.

Dakwaan tersebut muncul ekoran Rebecca sering memuat naik foto perkahwinan abangnya bersama usahawan, Bonda Rozita di media sosial.

Tidak berdiam diri, Rebecca kemudian tampil membidas segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Shahida terhadapnya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Keluarga, Rebecca Nur Al Islam Titip Ucapan Istimewa Buat Bonda Rozita – “Semoga Cinta Ini Kekal Abadi”

Artikel Berkaitan: Luah Rasa Berang, Netizen Dakwa Isteri Aliff Syukri Sindir Rebecca Nur Al Islam ‘Mencapap’? – “Tak Habis Kakak Iparku…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Dah Terkenal Dari Umur 17 Tahun, Makcik B*doh Ke?” – Didakwa ‘Mencapap’, Rebecca Nur Al Islam Bidas Isteri Aliff Syukri

Scroll to Top