Melaka: Program Riadah Kasih Al Bayan 2025 di A’Famosa Safari Wonderland, Melaka Ahad lalu meriah dengan penyertaan seramai 40 orang.
Inisiatif yang berlangsung pada 21 Disember 2025 itu memberi tumpuan kepada penyediaan pengalaman riadah yang bermakna, selain menyuntik motivasi serta sokongan emosi kepada anak-anak yatim.
Pada masa sama, program ini turut menghargai pelajar Kelas Mastery Agama yang menunjukkan komitmen terbaik sepanjang tahun.
Daripada jumlah itu, 30 orang adalah anak-anak yatim daripada Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (RBL), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, manakala 10 orang lagi terdiri daripada pelajar terbaik Kelas Mastery Agama yang memberikan komitmen penuh dalam pembelajaran.
Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta menikmati aktiviti riadah dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Malah, ia turut menjadi platform membina keyakinan diri, mengukuhkan semangat kebersamaan serta memberi penghargaan atas usaha dan pencapaian pelajar.
Komitmen berterusan penganjur
<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot%202025-12-30%20at%209.32.48%E2%80%AFAM.png"responsive"
Program Riadah Kasih Al Bayan 2025 mencerminkan komitmen untuk menyantuni golongan yang memerlukan sambil membina generasi pelajar berdisiplin, berakhlak dan bermotivasi tinggi melalui pendekatan kasih sayang dan penghargaan.
Seiring dengan itu, Pertubuhan Akademi Al Bayan sedang membangunkan Kompleks Akademi Al Bayan yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara.
Kompleks ini diharapkan menjadi pusat pembangunan ilmu dan dakwah, khususnya untuk melahirkan para dai mualaf yang berilmu, berkeyakinan, serta berupaya menyampaikan dakwah secara berkesan.
Orang ramai yang ingin menyokong misi murni ini dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 5642 5861 7368.
© New Straits Times Press (M) Bhd




