Pelakon Elisya Sandha mengaku kehamilannya kali ini sedikit berbeza dengan pengalaman mengandungkan anak pertamanya, Bunga Elhaq.
Kata Elisya, alahan yang dialaminya sangat teruk sehinggakan boleh menjejaskan ibadah puasanya.
“Masa Bunga saya dapat puasa penuh. Saya tak tinggal satu hari pun masa Bunga dan saya happy sangat sebab itu adalah target saya pada masa itu.
“Tapi kehamilan kali ini kalau tengok gaya, saya rasa tak mampu untuk berpuasa penuh tapi saya akan cuba,” katanya.
Berkongsi lanjut, menantu kepada pengarah dan penerbit, Sheila Rusly ini juga memaklumkan, proses kehamilan keduanya sangat mencabar apatah lagi dia sering berasa penat.
“Pregnancy kali ni saya cepat penat, morning sickness jadi macam tak sama lah dengan Bunga.Bunga sangat smooth tapi kalini dia macam opposite daripada Bunga.
“Kali ni morning sickness teruk juga. Walaupun perut tak besar.
“Masa Bunga, 6 bulan, perut besar tapi yang ni perut kecil tapi digantikan pula dengan morning sickness, kaki bengkak, jalan pun penat. Jadi saya tak tahu boleh puasa penuh ke tidak kali ini,” jelasnya.
Elisya berkata demikian ketika ditemui usai majlis sidang media tuntutan saman LXM Resources terhadap syarikt Wak Doyok, WD Food Group Sdn Bhd yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disoal mengenai jantina anak keduanya, Elisya bagaimanapun enggan berkongsi mengenai perkara itu.
Menurutnya, perkara itu masih dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga termasuklah ibu mentuanya.
“Gender reveal akan dibuat selepas hari raya nanti. Yang tahu pun, cuma saya dan suami sahaja.
“Mak mentua saya pun belum tahu lagi walaupun dia cuba nak korek,” kongsinya.
Sekadar info, Elisya dan Uzair Haqimy Azman selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Bunga yang kini berusia dua tahun.




