Alami Mild Slipped Disc, Ayda Jebat Kini ‘Berehat’ Di Hospital – “Teruskan Doa Biar Cepat Sihat”

Alami Mild Slipped Disc, Ayda Jebat Kini ‘Berehat’ Di Hospital – “Teruskan Doa Biar Cepat Sihat”

Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat memkalumkan punca kenapa dia dibawa ke hospital menaiki kerusi roda (wheel chair) sebelum ini.

Kata Ayda, dia kini sedang berehat di hospital bagi mendapatkan rawatan dan menjalani fisioterapi akibat mengalami ‘Mild Slipped Disc’ atau masalah tulang belakang.

“Baru tau ada mild slipped disc. Okay saya rest daripada lasak jap janji.. (Nurse dengan staff kat sini kalau boleh nak pagar bilik ni sebab pesakit asyik kabur aja tah kemana mana),” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Memerang ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih semua yang mendoakan, yang dm, whatsapp tanya khabar. Tak sangka ramai sayang! Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang kau orang semua.

“Teruskan doa biar cepat sihat! Buat yang pernah ada posterior disc, share tips nak cepat baik please.. Salam Ramadhan juga buat semua,” katanya.

Perkara itu dikongsi Ayda menerusi hantaran di Instagram miliknya.

 

Scroll to Top